Jun 13, 2012

You're the only one in my heart !

I try to calm but my heart keep volatile,
Forgetting you seems to be impossible.
I run half-lives as faraway from home,
But you were still there in my mind.

I take a walk through the endless night,
With a hope to find your love.
Please understand I'm just loving you,
And realize you're the only one in my heart.

Could you spend your lifetime with me?
Till the death do us apart.
Could you be here when I need?
And always here to love me.

Come here and find myself,
I know that you heard my voices.
Please understand I'm just loving you,
And believe me, you're the only one in my heart !

Jun 11, 2012

Kepercayaan.

Kita sesat di alam mimpi, tiada petanda jalan pulang.
Cuba buka telinga, mencari suara penyelamat.

Berlinang air mata membasahi muka terkenang perpecahan kita,
Peristiwa lama berulang kembali, sengketa yang tiada henti.

Tubuhku kaku terimbas masa lalu, diri dikuasai nafsu.
Terlalu banyak dusta yang telah kita wujudkan, hingga kepercayaan pun telah hilang.

Berulang kali kau hulurkan tangan persahabatan, aku terima dengan senyuman.
Namun keikhlasanmu kian terhakis, dari luka lama kini jadi luka berbisa.

Puas hatiku mencuba untuk menerima, tapi aku sedar tiada penyudahnya selain duka.
Pendustaan itu terjadi lagi dan terus terjadi, apa harus ku menerimanya lagi?

Mengapa kita jadi begini? Mengapa kau berdusta setelah aku percaya?
Sukar untuk ku percaya, semua ini menyakitkan. Mengapa percaya dibalas dengan derita?


"Tuhan kami rayu, bantulah kami. Kami dikuasai nafsu.
Selama ini kami lakukan banyak pendustaan, kini tiada lagi kepercayaan yang wujud."

Tinggalkan aku?


Jika kau tinggalkan aku,
Kau ibarat mencabut separuh nyawaku.
Ku rayu, jangan pernah pergi.

Dan jika kau tinggalkan aku,
Kau seperti menghancurkan hidupku.
Ku rayu, jangan pernah pergi.
Aku hanya mahu kau di sisi.

Cinta kita adalah cinta luar biasa.
Sanggupkah kau mengkhianati semua,
Susah senang yang telah kita lalui bersama?

Adakah perpisahan itu membahagiakan?
Dan suatu hari kau akan kesal,
dengan apa yang berlaku hari ini.

Jun 08, 2012

Ku tak pernah lupa !

Hening pagi ini bunyi hujan renyai,
Angin berbisik menyebut namamu,
Semua alir tangisanmu memanggil namaku,
Dan aku pasti ada bila kau perlu.

Ku lukis kenangan kita dalam satu lukisan,
Walau cinta buta kau bantu aku melihat.
Indah bagiku adalah merenung matamu,
Dari itu ku tahu kau sentiasa untukku,
Hari demi hari kau ada untukku.

Ingatkah semalam, kita berjalan pegang tangan?
Berbalas surat cinta, ku tak pernah lupa !
Di malam yang tenang, di hari yang terasa panjang,
Ku mahu dengar kau kata, ku tak pernah lupa !

Kita terpaksa lalui masa sukar bersama,
Tapi kita harus sabar menempuhinya.
Dan kita berpegang pada janji kita,
Ku takkan biarkan kau sendiri !

Ingatkah semalam, kita berjalan pegang tangan?
Berbalas surat cinta, ku tak pernah lupa !
Di malam yang tenang, di hari yang terasa panjang,
Ku mahu dengar kau kata, ku tak pernah lupa !

Bangun pagi dan menikmati bunyi hujan renyai,
Bangun dari mimpi indah bersamamu.
Tapi ku percaya pada diriku,
Kau adalah impian yang bakal jadi kenyataan !
Ku cinta kamu !